WEBINAR Kesejahteraan Kendiri - Gaya Hidup Aktif - Langkah Pertama Menuju Kesihatan Optimum (W145)

11 Mei 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Mei 2026 (Ahad), NADI Bengoh telah mengadakan sesi tontonan webinar bertajuk “Gaya Hidup Aktif: Langkah Pertama Menuju Kesihatan Optimum” yang disiarkan menerusi saluran YouTube Studio Sihat. Program ini berlangsung dari pukul 2.00 petang hingga 3.00 petang.

Webinar ini menampilkan penceramah, Mohamad Fazrullah Bin Lias, seorang Physiotherapist U5 dari Klinik Kesihatan Bakri. Perkongsian yang disampaikan memberi pendedahan mengenai kepentingan mengamalkan gaya hidup aktif demi menjaga kesihatan dan meningkatkan kesejahteraan diri.

Seramai seorang peserta telah menyertai sesi tontonan webinar tersebut di NADI Bengoh. Peserta menonton siaran secara dalam talian melalui platform YouTube di saluran Studio Sihat.

Program seperti ini diharap dapat memberi manfaat dan kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya penjagaan kesihatan melalui amalan gaya hidup sihat dan aktif.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali